| Subcribe via RSS

Ubat sakit lutut

March 18th, 2012 Posted in Merawat

Sakit lutut merupakan satu penyakit yang menjadi kebiasaan bagi para golongan 30an-70an di kalangan masyarakat kita. Ia kebanyakannya disebabkan oleh beberapa perkara seperti kehabisan “minyak pelincir” dalam lutut, kesan dari senaman yang salah, atau melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan sakit lutut itu sendiri.┬áPada artikel sebelum ini, kami ada membincangkan satu isu yakni sakit sendi atau Osteoarthritis.

Tanda-tanda sakit lutut.

SECARA umumnya, tanda-tanda seseorang mengalami koyakan pada meniskus selepas sesuatu kecederaan adalah kesakitan pada sendi lutut , kebengkakan pada lutut (mungkin tidak ketara pada peringkat awal) dan kesukaran melakukan pergerakan penuh pada lutut tersebut.

Osteoartritis ditakrifkan sebagai kerosakan atau degenerasi pada permukaan rawan pada sendi – sendi yang mengalami proses penipisan rawan.

Permukaan rawan yang nipis ini lama-kelamaan akan merekah dan membentuk lurah-lurah dan pada waktu ini geseran permukaan sendi akan bertambah menghasilkan bunyi getaran atau krepitus (bunyi meretih) dari sendi tersebut.

Tanda-tanda yang dialami merupakan kesakitan terutamanya apabila bergerak atau berjalan, kebengkakan yang datang dan pergi, dan kekakuan atau kesukaran menggerakkan sendi lutut sepenuhnya seperti kesukaran melakukan solat secara sempurna (duduk di atas lantai).

Rawatan sakit lutut terbahagi kepada dua yakni secara rawatan secara konservatif atau rawatan melalui pembedahan.

Rawatan secara konservatif termasuklah:

  • Mengelakkan pergerakan berlebihan pada lutut , atau rehatkan lutut (sementara)
  • Menggunakan ais untuk membantu mengurangkan kesakitan dan kebengkakan
  • Mengambil ubat penahan sakit sekiranya tiada kontraindikasi
  • Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
  • Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut
  • Menggunakan tongkat bagi mengurangkan impak ke atas lutut yang cedera
  • Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid sebanyak tiga hingga lima kali, bagi membantu melincirkan kembali lutut .

Rawatan seterusnya adalah rawatan pembedahan yang dicadangkan kepada pesakit setelah rawatan konservatif tidak memberikan kesan yang positif.

Pembedahan yang dimaksudkan adalah pembedahan secara artroskopi ke dalam lutut menggunakan teleskop dan sistem kamera untuk meneropong ke dalam lutut untuk melihat segala patologi atau kerosakan lutut seperti yang digambarkan di atas.

Bagi meniskus yang koyak, (bergantung kepada keadaan koyakan tersebut) meniskus yang koyak sedikit, boleh dijahit semula. Akan tetapi untuk koyakan yang kompleks atau koyakan secara degenerasi perlu dinipiskan menggunakan alatan mudah secara artroskopi tanpa perlu pembedahan luka yang besar.
Proses pembedahan ini dianggarkan boleh mengambil masa setengah jam hingga satu jam mengikut keseriusan kecederaan.

Pada masa yang sama permukaan rawan pada tulang boleh juga dilihat dengan jelas melalui kamera artroskopi dan rawatan sementara bagi memperlahankan proses kerosakan rawan boleh dijalankan.

Pembedahan artroskopi adalah amat mudah sehinggakan ia dijalankan secara ‘Daycare’ di beberapa hospital tertentu, dan bius perlu digunakan bagi memudahkan pembedahan ini dijalankan.

Harus difahami bahawa proses degenerasi adalah satu proses yang berterusan selagi sendi terus digunakan, oleh itu rawatan-rawatan yang tersebut di atas merupakan rawatan pemulihan sementara dan memperlahankan proses kerosakan rawan.

Penjagaan berterusan diperlukan agar tidak berlaku kerosakan pada tahap kritikal yang mana pada tahap ini, hanya rawatan pembedahan major boleh memulihkan sendi semula contohnya pembedahan penggantian sendi lutut secara total.

 

Cara pencegahan dan perawatan sakit lutut dengan menggunakan Jus Monavie Active (Hijau). Tahukah anda bahawa Monavie Active (atau lebih dikenali sebagai Monavie Hijau) mengandungi jus Acai Berry yang dicampur 18 jenis buah yang penuh khasiat. Berbanding dengan Monavie Original dan Pulse, ia mempunyai kandungan tambahan iaitu Glucosamine. Glucosamine adalah amat bagus untuk memastikan kesihatan sendi sentiasa berada di tahap optimum. Boleh rujuk artikel ini berkenaan dengan Glucosamine.

Antara kebaikan MonaVie Active adalah:

  • Meningkatkan kadar gerakan, fleksibel dalam gerakan. (Increases joint mobility and flexibility.)
  • Menggalakkan pertumbuhan tisu secara sihat. (Encourages healthy connective tissue and joint cartilage.)
  • Melawan kerosakan oksidasi dan melambatkan proses penuaan. (Fights oxidative damage and aging.)

Saya sangat menyarankan anda untuk mengamalkan dan mengambil Jus Monavie Active ini untuk mengurangkan masalah sakit sendi anda. Untuk mendapatkannya atau jika ada sebarang persoalan, bolehlah menghubungi saya dengan menggunakan contact yang tertera.

 

 

One Response to “Ubat sakit lutut”

  1. Faris Ahmadi Says:

    Salam Encik Saiful,

    Monavie hijau yang saya order sudah sampai di rumah sebulan yang lalu. Stock pun dah nak habis, insyaAllah saya akan buat pembelian secara online secepat mungkin.

    Apa yang saya ingin katakan di sini adalah, monavie hijau ini sedikit sebanyak telah mengurangkan sakit lutut saya sejak 2 minggu kebelakangan ini.

    Pada mulanya (minggu pertama) tiada apa-apa kesan yang saya rasa, sehinggalah pada minggu ke 3. Sedar tidak sedar saya sudah tidak lagi berasa lenguh terutamanya ketika solat.

    Dari solat duduk sekarang saya boleh solat berdiri walaupun tidak dinafikan kadang kala masih memerlukan kerusi sebagai back up, takut jatuh.

    Jadi saya amat recommend kepada rakan sahabat yang mengalami masalah sakit lutut untuk mengambil Monavie Hijau ini secara istiqamah.

    Kini secara perlahan-lahan saya boleh melakukan aktiviti harian dan hobi saya seperti biasa sebagaimana saya melakukannya 10 tahun lepas!

    Terima kasih sekali lagi kepada Encik Saiful kerana memperkenalkan produk ini kepada saya.

    Faris Ahmadi,
    Kluang, Johor


Leave a Reply

*
= 5 + 7

Subscribe Sekarang & Dapatkan Update